Wednesday, June 23, 2010

si jelita ATIKAH


Abdullah bin Abu Bakar as-siddiq pernah begitu obses dengan kecaNtikan isterinya, Atikah binti Zaid sehingga dia mengabaikan beberapa perkara daam hidup, suatu hari, bapanya Abu Bakar , mendapati Abdullah tidak hadir solat jemaah(jumaat) , lalu menghukum Abdullah dengan mengarahkansi anak agar menceraikan isterinya
Abdullah menceraikan ATIKAH tetapi hati anak muda ini begitu lara menderita. setiap hari dia merintih rindukan bekas isterinya, Abu Bakar dapat mengesan kesedihan Abdullah lalu mengarahkan supaya si anak rujuk dengan isterinya. pasangan ini berkahwin semula dan Abdullah menghadiahi ATIKAH sebidang tanah dengan syarat Atikah tidak berkhwin lagi selepas kematiaanya.
Abdullah meninggal dunia lebih awal dan atikah dipinang oleh Umar Al- Khattab. Atikah dipinang oleh umar al-khattab , ATIKAH bingung kerana dirinya terikat dengan perjanjian yang dibuat Allahyarham Abdullah . akhirnya ali abu talib memberikan pendapat, " pulangkan tanah itu kepada keluarga Abdullah dan kamu boleh berkahwin lagi.
ATIKAH mengikut petua ALI dan berkahwin dengan Umar, selepas Umar meninggal dunia, Atikah berkahwin lagi dengan Zubair al Awwam, pesan zubair kepada isterinya . " sebaik-baiknya solat dirumah dan jangan ke masjid. "
selepas Zubair meninggal dunia , ATIKAH dipinang oleh ALI ABI TALIB, tetapi ATIKAH keberatan menerima pinangan itu. dia menghantar pesanan, "bukan aku tidak menghormati anak kepada bapa saudara RASULULLAH tetapi khuatir dirimu akan jadi korban pembunuhan . semua suamiku sebelum ini mati dibunuh . aku tidak mahu hal yg sama menimpamu.
membaca pesanan itu , ALI lalu berkata " sesiapa yang ingin mati syahid cepat , kahwinilah ATIKAH"
ATIKAH kemudiannya berkahwin dengan husain bin ali abi talib , yang kemudiaannya mati dibunuh dan menghembuskan nafas diatas pangkuaanya, selepas itu atikah dilamar oleh MARWAN tetapi ditolak kerana katanya"aku tidak ingin lagi mempunyai mertua selain RASULULLAH

No comments:

Post a Comment